Monday 25 November 2013

pokok dari lorong kulit


sebenarnya dah lama nak keluarkan entry ni tapi masalah  meng-upload gambar menjadikan ia tertanggug-tangguh,,last2 sekali saya pinjam jer gambar google,,hehe.Rasanya dah hampir sebulan kot saya beli pokok ni dari lorong kulit.hajat hati pergi ke sana nak beli pokok tanduk rusa,,terpengaruh dengan jiran,,katanya beli kat sana cuma Rm15.00 shj,,tapi saiznya sedang2 je lar.maka saya pun mengajak la husband ke sana,,gigih jugak mengaharungi kesesakan..parking pulak sejauh 500m kot,,bagi mereka yg pernah pergi tempat tu taulah macam mana situasinya..tapi yg frustnya tak ada pulak pokok tanduk rusa hari tu,,kena tengok hari2 akan datang,,itu pun kena tengok tahap kerajinan suami macam mana..


dah round2 tu maka saya terbelilah pokok bogak jepun dan pokok anggur.pokok bogak Rm12.00 dan anggur pun Rm10.00,selepas tawar menawar dapatlah RM20,,kurang Rm2.oo jer..

gambar google
semasa beli tu saya tak perasan pun yg ia pokok bogak ni sebab saiznya cinonet jer,kalau bogak besar selalu jer tengok,,sebab berkenan dengan daunnya yg cantik,saya beli lah,,tanya penjual tu dia kata pokok fengshui,,betui la,,tapi pokok fengshui ada macam2 jenis..huhu.tengok gambar kat atas cantik jugak bila ia mengeluarkan pucuk!dan beranak lagi!bestnya


gambar google
say tertarik dengan pokok anggur yg apek tu jual,,dalam pasu pun sudah berbuah,,tapi saya beli yg belum berbuah sebab untuk merasai sendiri pengalaman anggur berbuah dalam jagaan saya baru suspens dan mencabar sikit,,harap2lah berbuah,,katanya kena pangkas selalu supaya cepat berbuah.saya masih berkira2 lagi samada nak kekalkan tanam dalam pasu atau tanam di tanah,,tapi kalau ada pergola baru lah sesuai.rasanya saya cuba kekalkan dalam pasu kot,,tak pe kalau ada pergola nanti kita beli pokok lain pulak,,sebabnya pokok anggur sekarang sudah murah,,kalau dulu sy pernah tanya harganya dalam Rm40.00 sepokok.pokok anggur boleh dibiaakkan melalui keratan batang,,mengikut bacaan saya medium yg sesuai untuk tanam pokok anggur ialah 1(pasir):3(media sabut/tanah).


10 comments:

  1. salam cucubulat; mcm bonsai la plk pokok anggur tu...siap bebuah lg...senang petik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la @na,,pokok anggur pun sesuai jugak dibuat bonsai agaknya..boleh try la kalau kreatif,,hehe

      Delete
  2. bogak jepun tu mcm pokok paku haji pula nampak. dekat Lenggong byk pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap saya memang pokok paku haji dan bogak jepun adalah pokok yg sama,,nama panggilan jer berbeza2.

      Delete
  3. Lorong kulit ni kat mana? Menarik pokok anggur tu

    ReplyDelete
  4. lorong kulit/rope walk ni letaknya bersebelahan dengan stadium pulau pinang.memang menjadi tumpuan terutama bagi penggemar barangan antik.
    pokok anggur tu bukan saya punya nadia,,pic google jer,,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 tahun gak duduk di Penang tapi tak pernah dgr lorong kulit

      Delete
    2. kalau duk time anak dara tak kenal la kot,,sebab situ bukan tempat tumpuan anak dara kot,,hehe

      Delete
  5. Assalamualaikum cucubulat...
    wahhh banyak tips menanam kat sini yer
    saya suka jugak nak menanam, tp semangat kejap timbul kejap tenggelam, dah tuh semua yg ditanam asyik mati jer... geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak da la banyak tips pun,,saya masih baru berkebun ni..
      hobi ni kadang2 memerlukan kesabaran yg tinggi,,mungkin mila lebih serasi dengan jahitan..

      Delete