Wednesday, 23 January 2013

Nabi Muhammad S.A.W dgn pemimpin kaum munafik


JUBAH BAGI MUNAFIK.


Abdullah bin ubai dikenali sebagai pemimpin kaum munafik. Sebagai seorang munafik perkataannya selalu mengelirukan umat islam. Umpatan, berbohong dan menyebar fitnah sering dilakukan bersama kaumnya. Rasulullah dan para sahabat sangat mengetahui siapa Abdullah bin Ubai dan keburukannya yang selalu dilakukannya terhadap umat islam.


Pada suatu hari Abdullah bin ubai ditimpa sakit kuat. Dengan terketar-ketar Abdullah binUbai meminta anaknya pergi memangil Rasulullah. Abdullah ingin didoakan oleh Rasulullah. Abu Abbas yang menyaksikan peristiwa itu menyangka RAsulullah tidak mahu datang menemui munafik tersebut.


Tiba-tiba Rasulullah datang bersama umar Al-Khattab. Abdullah bin ubai memohon kepada Rasulullah supaya membuka jubah Baginda dan menyelimuti beliau dengan jubah tersebut. Walaupun dengan berselimut jubah itu tidak juga menyembuhkan penyakitnya, Abdullah masih mengharap biarlah dia mati berselimutkan jubah Rasulullah. Dengan penuh kasih sayang Rasulullah menunaikan permintaan Abdullah bin Ubai sehingga akhirnya Abdullah meninggal dunia dalam penderitaan dan kesakitan diselimuti jubah Rasulullah.


Peristiwa itu membuat Sayidina Umar tertanya-tanya sendirian kerana beliau tidak menyangka perbuatan Rasulullah terhadap ketua munafik yang telah banyak menabur fitnah dan mencetuskan perpecahan di kalangan umat islam. "Alangkah beruntungnya Abdullah Bin Ubai, dia meninggal dunia dengan berselimutkan jubah Baginda yang suci. Para sahabat yang setia pun belum tentu mendapat keistimewaan tersebut,"kata Umar.


Rasulullah pun tersenyum penuh kasih sayang. Dengan suara yang lembut Baginda memberitahu umar , " Sahabatku Umar, sesungguhnya jubah Rasulullah tidak akan menyelamatkan ABdullah bin Ubai atau sesiapa sahaja sebab manusia hanya selamat oleh iman dan takwa masing-masing ."


ucapan Rasulullah itu meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Abu Abbas dan Umar. Ucapan itu perlu menjadi ingatan umat islam sepanjang zaman. Abu abbas kembali mengingatkan sikap Nabi ketika melakukan beberapa peperangan. Dalam keadaan kalah ataupun menang sikap Nabi tetap istiqamah. Ketika kalah Baginda tidak berdendam, dan ketika berjaya Baginda tidak menunjuk-nunjuk bahkan menyeru peringkatan dari firman Allah S.W.T yang bermaksud :


" Perangilah kerana allah. Perangilah orang yang memerangi kamu sahaja dan jangan kamu lakukan dengan berlebihan kerana Allah tidak menyukai kamu yang melampaui batas." (Al-Baqarah : 190)


No comments:

Post a Comment