Showing posts with label pasu self watering. Show all posts
Showing posts with label pasu self watering. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

daun sup

Hari ni aktiviti ringkas saja.just ambil seikat daun sup yg dibeli di kedai.potong bahagian akarnya,,rendam dalam air semalamnan dan terus tanam.percubaan entah kali ke berapa dah tanam daun sup tak pernah menjadi sebelum ni.

pernah juga saya semai benih yg di beli dr tanam sendiri.com pun tidak menjadi.tak tumbuh langsung.keratan akar banyak kali jugak lah,mati . daun sup dan kesum mungkin tak serasi dengan saya,,berkali2 tanam tak menjadi.

sekarang sy cuba pulak tanam keratan akar dalam pasu self watering.tunggu dan lihatlah perkembangannya,kalau ada update tu alhamdulillah menjadi kalau tak da maknanya fail lg lah.huhu



pokok daun sup di tanam dalam pasu self watering



pokok tomato dah patah dikerjakan anak perempuan saya.

gambar ke-2 ni bukan lagi pokok daun sup,,tapi anak pokok tomato yang dibelai manja tiba-tiba patah.tak lain tak bukan mesti kerja anak perempuan saya tu.saya dah berkira2 dah nak cuba eksperimen tanam secara terbalik,cuma nak tunggu pokok besar dan kuat sikit jer,,belum apa2 anak dah musnahkan harapan saya,,huhu sabar je lah.kena semai yg lain,,ambil masa yang lama pulak..




Monday, 14 October 2013

mudah dengan pasu self watering

Sebahagian daripada projek pasu self watering saya..telah memperlihatkan hasil.sebelum ni banyak pokok2 yg beli mati kehausan bila sy balik kampung.dengan cara ini sememangnya mudah dan selamat.

pokok pudina
yg ni sebelum saya make over..saya letakkan di meja kecil dapur saya.senanag tak payah siram hari2.bila air dh kering top up saja..sekali sekala wat keluar untuk pencahayaan.


ni setelah saya make up kan dia..hehe.botol tadi saya just balut dengan kertas iklan mega sale Courts mammoth.nak top up air buka aje tape kt belakang,,hehe.jimat


ni pun masih pokok pudina yg sama,,cuma saja jer nak letak pic lebih2,ekcited sebab projek self watering ni berjaya.sampai menjalar atas meja pokok tu.
senang kan letak atas meja dapur terus,,nak buat teh pudina petik aje daun tu..
yg paling suka wat teh pudina adalah suami saya,,kalau dh ada kat dapur tu lagii la,,sy rasa tak lama lagi botak lah pokok pudina tu,,hari2 buat teh pudina..huhu


pokok kaktus
pic sebelah kanan tu pokok kaktus.dari family mana atau nama scientificnya sy tak pasti lah.saya amik dari pengasuh anak hari tu panjangnya cuma 2 inci sebanyak 2 batang jer,,tengok sekarang bukan main memanjang dan membiak lagi.sy intai2 ada sebatang tu dh mengeluarkan bunga tapi terlindung dan terkepit di celah pasu botol,,kesian tak leh berbunga sebab ruangan terhad.


pokok setawar
asal anak pokok saya amik hanya sebesar ibu jari kaki saja.nah! sebelum saya tanam dalam pasu watering ni saya tanamkan dalam pot piasa,,tapi tahap perkembangan nya agak lambat sedikit.kerana nak balik kampung takut mati tak bersiram,,maka saya buatkan pasu self watering untuknya.paling mengagumkan pertumbuhannya begitu cepat sekali.sebelum ni saya ada cerita tetntang setawar dalam entry sebelum. Ni lah poko setawar yg telah memberi manfaat perubatan kepada saya.



Sunday, 21 April 2013

eksperimen pasu self watering


Ahad/21 April 2013

Ahad/21 April 2013


Projek yg sempat saya siapkan kerana ia tak memakan masa yang lama nak buat.Bila hannan keluar dengan abahnya,,ni lah masa yang sesuai boleh saya buat tanpa gangguan.bila dh siap pasu terfikir pulak nak tanam apa yang sesuai,,mujur ada pokong bawang yang dah bercambah kat dapur,,harap berkembang subur la lepas ni dengan pasu self watering ni.

Dah lama nak buat pasu self watering ni tapi  tak jadi2.hari ni sy cuba siapkan projek yang dah diset dalam kepala lama dah tapi tak dapat nak buat kerana sibuk..hehe sibuk apa benda tak tau lah,dalam kepala ni bermacam2 benda fikir nak buat,,sebut pasal masak sy pun minat memasak,kraf pun minat,berkebun pun minat,,menjahit pun minat blogging pun minat,,pendek kata semua saya suka buat walau pun tak berbakat mana,,tapi masalahnya tak terbuat2 pun..kalau ada pun projek yg sy dah buat terbengkalai,,nak sambung balik malasnya...

kadang-kadang terfikir kalau saya tak bekerja bastnya ada masa nak buat semua ni,,hati jugak terhibur melakukan perkara yang kita suka,,huhu...tapi tu la,,hanya orang yang tak pandai menguruskan masa sahaja boleh bagi alasan macam-macam..sedangkan orang yang bijak menguruskan masa boleh melakukan semua perkara dengan jayanya,,bila lah saya boleh jadi seperti itu..huhu