Friday 11 March 2016

Tiba-tiba rindu...

Assalamualaikum wbt..



Hari ini tiba-tiba rasa rindu nak menjenguk kembali blog yang sudah lama tidak aktif.Entry terakhir 19 okt 2014 sebelum sy menyepikan diri sehingga la hari ini terdetik nak mengintai kembali blog ini.Bukan sudah tidak berminat,,minat tu sentiasa ada tapi komitmen yang lain harus diutamakan.Minat berblog dan berkebun tidak pernah padam dalam diri ini.Tapi apakan daya dalam hidup ini kadang2 banyak halangan perlu ditempuhi sehingga hobi pun terpaksa dilupakan buat sementara..huhuhu

Sunday 19 October 2014

Memulihkan pokok pandan

Assalamualaikum wbt..

Sebahagian aktiviti pagi ini ialah membaik pulih pokok pandan yang semakin hari semakin nazak.Sakit mata dah tengok hari2 balik kerja rupa pokok pandan ni tapi tak da masa nak kerjakannya.Hari ni luangkan sedikit masa untuk memulihkan pokok yang sangat penting ini.Ku potong separuh dari akarnya yang semakin tinggi tu dan benamkan dalam pasu semula.Harap2 percubaan ini berjaya menyuburkan kembali pokok pandanku.


pokok pandan (gambar sebelum)

pokok pandan (gambar selepas aktiviti penstrukturan semula)


Gambar selingan
v
v
v
pokok pudina semakin membiak.
pokok pudina

Thursday 16 October 2014

Kreatif dalam berkebun-Teknik grafting

Assalamualaikum wbt..

Durian ada kaki.pelik tapi benar.menggunakan teknik grafting yang semakin popular di negara jiran.(Indonesia)
lihat gambar kat bawah,,buahnya boleh dipetik dengan jari!

gambar google

gambar google
Selain dari unik ada empat kaki ia juga istimewa kerana dikatakan cepat berbuah dan sedap isinya,mungkin  kerana 4 baka dikacuk menjadi satu pokok.Dalam 2 tahun sudah berbuah.Subhanallah maha luas Ilmu Allah.

kalau kawan2 nak mencuba boleh lah rujuk video kat bawah.kalau tak suka durian maybe kita boleh cuba pokok lain seperti pokok jambu,ciku dan sebagainya.



Thursday 2 October 2014

kiriman dari Olive pula...

Assalamualaikum wbt..



Selepas kiriman dari julie,hari ni terima pulak benih dari Olive.membenih saja nampaknya kali ini,hehe.,saja2 nak wat laporan sementelah takde benda nak update buat masa sekarang.anyway tq so much olive kerana selitkan sekali benih2 percuma selain yang dibeli.
antara benih yang tersenarai ialah :

white pea flower
nona
rosselle
yellow cherry tomato
peria katak
bendi singa 
purple balsam


kiriman dari Julie M

Assalamualaikum wbt..

benih bunga butang dan kacang botol

Benih bunga butang kiriman dari julie M sudah sampai semalam (1 oktober 2014).Terima kasih banyak2 untuk Julie yer.Ada 3 warna iaitu butang putih,purple dan lavender serta 1 extra benih kacang botol.

Tak sabar saya nak menyemainya,Teruja mengingatkan teh bunga butang yang dipaparkan di blog Julie.anyway sekali lagi terima kasih banyak2 dari saya..
happy gardening!

Saturday 27 September 2014

Nasi tak habis? elakkan membazir

Assalamualaikum wbt..
cucur nasi
Hari ni keluar sikit dari cerita2 kebun,beralih kepada masak memasak pulak..hehe.Nasi semalam yang tak habis dimakan nak buat apa ? selalu sangat goreng nasi,, yg tukang makan banyak saya lah tapi anak tak makan  pulak.tak sedap agaknya nasi goreng saya.

lalu saya menggoogle la apa yang boleh diolah supaya tidak membazir,,kekadang tu terlanjur ke tong sampah jua  walau pun penuh dengan perasaan bersalah dan kesal..huhu
Hasil dari info google rupanya banyak boleh dibuat dengan nasi lebih ni antaranya ialah :

*nasi goreng
*cucur nasi
*bubur nasi
*roti nasi
*apam
*dikeringkan- goreng-disira
*dikeringkan-dijadikan makanan ikan



Dari berbagai-bagai pilihan menu di atas saya memilih untuk mencuba cucur nasi untuk breakfast pagi ni.nasi dimesin dengan ikan bilis,,campur dgn bahan2 asas cucur ikut bahan2 yg sedia ada di dapur seperti lada merah,carot,bawang kuning dan daun bawang(sy letak daun bawang putih yg saya tanam) dah gaul sebati dengan tepung gandum gorenglah.

Maka hasilnya  seperti gambar yang tertera kat atas,,hehe.
tak berapa bulat sangat,,tak habis menuntut ilmu lagi,,yg masuk blog ni pun yang terpilih dah sebab saya bila goreng apa2 cucur semakin lama semakin membesar cucurnya,, tak tau kenapa,,.(padahal malas menggoreng..hahaha)

Pada saya agak sedap berbanding cucur bilis dengan tepung gandum sahaja,sturkturnya lembut,Paling best anak saya pun makan banyak,kena dengan selera dia agaknya.Bila dah confident dengan rasanya maka saya pun hantarlah ke rumah baby sitter sikit,,bolehlah mereka makan dengan bebudak tu sekali.

lain kali boleh try next menu satu persatu,,mungkin lempeng dalam perhatian saya,,amik yg mudah2 dulu.

Friday 26 September 2014

Sekadar gambar- dari kebun kecil

Assalamualikum wbt..

kudup bunga ulam raja
bunga ulam raja
Bunga telang kering

daun bawang putih



siput babi