Tuesday, 25 June 2013

kerana halia saya keguguran

Tak tahu macam mana nak mulakan cerita.yang sebenarnya saya dan suami plan untuk hamil end of the year dalam bulan Nov atau dec.maka gigihlah saya mengoogle maklumat berkaitan berpantang dan sebagainya,kerana azam saya nak pantang dan bersalin normal.melahirkan hannan sebelum ini melali czer dan saya tidak menjaga pantang dengan baik menyebabkan saya sudah merasakan kesan sakit2 badan dan tua sebelum usia.hehe.

banyak jugak resepi dalam pantang yang saya google dan saya simpan dalam blog satu lagi untuk rujukan apabila saya hamil dan bersalin nanti.entah kenapa saya pulak gatal nak mencuba resepi tersebut.maka bermulalah episod yang tidak disangka.benda pertama yang saya cuba ialah air rebusan asam keping bersama   kayu manis dan sedikit gula batu.kemudian saya buat pulak resepi halia+bawang+lada+cuka epal dimakan dengan nasi panas.memang sedap bertambah2 saya makan.esoknya saya kerja seperti biasa,,bila nak pi solat asar tiba2 saya period.dalam hati berkata bagus sungguh halia ni dari tak period terus period makan halia.tak terfikir langsung saya mengandung kerana sudah 5 tahun saya merancang selepas bersalinkan hannan belum lagi terbabas.

pagi esokannya hari jumaat 21/6/2012,,saya menyedari period saya agak sedikit berbanding biasa,,maka mulalah saya minum air halia lagi bagi melancarkan period saya.Yang saya perasan period saya kali ini agak lain.dalam hati kata mungkin sebab saya dah tua dan period agak lewat sikit bulan ni maka period pain dia agak kuat sikit.saya ambil keputusan tak mahu pi kerja n minta mc dekat dr.Saya pun pi la jumpa Dr,saya cakap saya nak minta mc sebab period pain saya kali ini  sakit dan lenguh2 satu badan nak berdiri lama pun tak boleh,sebab saya lewat period bulan ni.Dr cakap u pi buat urin test dulu.boleh lagi saya kata tak payah lah dr bagi saya mc dan ubat cukup lah sebab malas nak masuk toilet.Dr tanya kenapa u tak mau buat,,u buat lah at least saya rasa lega sikit sebelum bg u ubat sebab ada jugak kes org mengandung wp period.maka saya akur dgn Dr,tiba2 resultnya positif saya mengandung.terkejut giler saya.then Dr tu suruh saya pi jumpa pakar takut saya keguguran atau mengandung luar rahim.

keluar dari hospital tersebut saya terus drive ke hospital pakar.dalam menunggu giliran masa tu saya dah mula rasa sakit2 kat bahagian ari2.masuk bilik dr,scan dan Dr cakap kantung baby saya sudah kosong,maksudnya baby dah tak boleh diselamatkan.Dr bagi saya ubat cytotec apabenda tah 4 biji,,untuk keluarkan yang belum keluar lagi,,katanya datang balik hari isnin,,kalau masih belum clear kita buat dnc.balik saya terus makan ubat tersebut,,tapi menyedihkan tak ada yang keluar,,hanya darah cair sedangkan sakit saya dah seperti org nak bersalin.saya masih bertahan sampailah pagi esok(sabtu) suami saya bawa ke wad kecemasan GH.masa tu saya cuma sarapan pukul 8.00 pagi dan saya terus berpuasa walau pun belum jumpa dr kerana berharap agar saya dapat buat Dnc secepat mungkin kerana tak tahan sakit.

sampai kat kecemasan mcm biasa diorang akan tanya mcm2.dan menjawablah saya dari A-Z.seterusnya dimasukkan pulak kebilik observation sebelum didaftarkan ke wad C 20.masa kat sini sakit berguling2 sampai keluar air mata.tanya nurse bila Dr nak mai check,,katanya Dr ada operation kat atas,,habis operation baru dr datang.akhirnya saya dibawa ke wad C20.Dr datang check tanya benda yang sama jugak lah.masuk bilik pemeriksaan.check pangkal rahim pulak,,tuhan saja yang tahu.bila igtkan yg ni rasa serik..huhu.seingat saya masa dnc keguguran pertama tahun 2006 tak ada pulak check pangkal rahin sebegini..entahlah mungkin saya dah lupa sebab terlalu lama dah.Dr kata kena buat Dnc,,saya cakap boleh buat secepat mungkin kerana saya dah berpuasa dari kul 8.00 pagi tadi.Dr kata ok lah kita buat hari ni jugak.dalam kul 5++ saya sudah dibawa ke bahagian bius dan seterusnya saya lena sehingga lah saya di bawa turun ke wad semula saya masih lagi dalam keadaan mengantuk dan lemah.

setelah sedar perut saya sudah tidak sakit lagi.sungguh lega rasanya.terima kasih Dr dan Nurse yang menjalankan tugas dengan baik sekali.walau pun orang kata service kat private first class,,tak ape lah sakit tetap sakit jugak,,dr dan nurse kat sini ok jer layanan mereka tak de lah perangai pelik2 pulak.panjang berjela cerita saya,,tak apalah jadi kenangan untuk saya baca semula pada kemudia hari,,kalau tak rakamkan dalam blog ini peristiwani akan berlalu begitu saja.sekurang2nya saya dapat baca kembali.2 minggu saya diberikan cuti,,tu yang sempat saya berblog,,hehe,,tapi makan tetap saya pantang.



7 comments:

  1. Salam...mungkin ke cuka epal yg sebab kn awak keguguran..? Coz sy lewat period bln lps..lpas mnum cuka epal cmpur dlm air sejuk x smpi sejam bdn sy sakit2 n trs kua darah period...

    ReplyDelete
  2. mungkin juga..2-2 tu mmg jenis bersifat tajam,,tak sesuai tuk org mengandung

    ReplyDelete
  3. Air rebusan halia boleh menyebabkan keguguran jgk ke ??

    ReplyDelete
  4. Air rebusan halia boleh menyebabkan keguguran jgk ke ??

    ReplyDelete
  5. Mungkin cuka epal.. Halia klu tak berlebihan tak apa.

    ReplyDelete
  6. sy mkn asam halia rasenye sepanjang pregnant twins..mmg xde pape, selamat je.. sy rase cuka apple tu.. sbb sy dulu pon cm tergugur sbb mkn cili jeruk, sy kate cm tergugur sbb sy period sakit gile pdhal sy mmg xpernah alamai senggugut sepanjang sy period.. pastu kluar darah ketul2... wallahualam..

    ReplyDelete
  7. sy mkn asam halia rasenye sepanjang pregnant twins..mmg xde pape, selamat je.. sy rase cuka apple tu.. sbb sy dulu pon cm tergugur sbb mkn cili jeruk, sy kate cm tergugur sbb sy period sakit gile pdhal sy mmg xpernah alamai senggugut sepanjang sy period.. pastu kluar darah ketul2... wallahualam..

    ReplyDelete