Monday, 22 September 2014

Pengalaman minum air akar seruntun/patawali

Assalamualaikum wbt..

gambar google

Pertama kali saya merasa minuman air akar patawali atau akar seruntun.Memang benar-benar meruntun jiwa lah.Pahit tahap gaban!tapi saya gagahkan jua untuk meneguk sampai habis segelas air tersebut.Kalau diamalkan nyamuk pun tak teringin nak hisap darah kita!..

Akar tersebut pemberian bapa saya.Beliau seakan faham yang anaknya ini berminat tanam pokok2 herba ni.Padahal akar tersebut juga pemberian orang kepadanya.maka saya bawa balik dalam sehasta panjang.lalu saya potong dalam satu inci untuk merasa sendiri kepahitan yang diperkatakan oleh kebanyakan orang .selebihnya saya tanam.

satu inci tersebut saya potong nipis2 seperti duit 5 sen.kalau ikut pembacaan saya akar tersebut perlu direbus.tetapi saya hanya mengambil  satu hirisan sebesar duit 5 sen dan direndam dalam air panas.Minum apabila suam. hirisan selebihnya saya keringkan dan bawa bersama ke penang.

kali kedua saya cuba dengan cara yang berbeza.kali ini saya rendam hirisan yang kering bersama KOPIKO LA COFEE 3in1.nampaknya saya enjoy menikmatinya.Sedap!saya harap dengan cara ini khasiat akar patawali tidak akan hilang atau berkurangan.


26 comments:

  1. Mesti khasiat hebat air akar seruntun, sbb tu CB minum dan usaha menanmnya, kalau x silap melingkar-lingkar kan tumbuhnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,,tgok review dr internet banyak jugak kegunaannya,,kalau apa2 jenis herba mmg sy minat sikit.

      Delete
    2. Assalam..mcm maner sy blh dpt benih utk tanam...sy di Selangor.. whatsapp 0189474752

      Delete
    3. sapa nak benih seruntum atau patawali ni boleh ambil rumah saya...FOC, call saya 0133482198...ulu yam bharu selangor...abg mat

      Delete
  2. rumah kak banyak pokok ni..dulu kat rumah lama sampai melengkar-lengkar atas pokok mempelam. Pindah rumah kak bawa batang dia sedikit saja. sekarang dah merebak. Tanam saja tapi tak pernah makan pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok ni unik kan,,ada yang kata lempar jer kat atas pokok atau mana-mana dia boleh hidup..kalau kena atas pokok buah akan menyebabkan buah pokok tu tak manis,,entah betul tidak wallahu aklam.sy tertarik bila membaca komen2 dr pengguna internet ttg pokok ni.

      Delete
  3. Kena Google ni apa khasiat nya sampai CB sanggup minum....tak silap dulu umah lama ada melingkari dipagar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,,saja jer nak test.sy rasa air kunyit lg tak boleh,yg ni pahit jer takda bau.
      banyak juga kegunaannya,,selain dr ubat kencing manis dan darah tinggi,,untuk ibu yang nak bercerai susu pun berguna..boleh jadi ubat kudis atau luka juga.

      Delete
  4. tgk kan daun tu macam sweet ja...tp tak sangka btg nya pahit peringkat gaban! hehehe...selalunya benda pahit2 ni baik utk merendahkan kadar gula dlm darah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun sweet,,tp akar menggerutu,,tu yg pahit giler tu,,hehehe
      ye,,mengurangkan kolestrol pun boleh jugak kot..

      Delete
  5. Assalam TT, salam singgah

    pak sedara pernah tanam pokok ni,katanya batang dia sangat2 pahit katanya ubat untuk darah tinggi. Wallahualam,tak pernah pulak try sbb cakap pahit terus x mo cuba. hehe... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy rasa i kunyit yg org minum mentah2 lg saya tak sanggup nak telan sis,,yg ni takda bau..
      tp campur dgn kopi 3in1 ok ja.

      Delete
  6. Assalamualaikum Sis, dlu d Kg Julie pun banyak pokok ni tumbuh meliar, org guna ni utk ubat kencing manis & darah tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis,,ikut bacaan saya mcm tu lah,,sy takda pengalaman dgn pokok ni,,1st time tgok in real n rasa..mungkin zmn dulu2 sy tak prihatin sgt kewujudan pokok2 mcm ni.

      Delete
  7. salams kenal,
    saya juga ada menanam pokok pahit nie@akar seruntun:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jga sis,,tq singgah n follow..sy br cuba tanam,,org kata mudah hidup pokok ni.

      Delete
  8. Assalam..masa bunda remaja dulu selalu tengok opah bunda minum air rebusan akar seruntun ni...katanya untuk penawar darah tinggi...

    Bunda pernah jgk rasa sikit...memang pahit giler...melekat.... Kalau boleh dicampur coffee 3in1...nak jugak bunda dapatkannya...tapi dimana ya..

    Arwah suami bunda amalkan minum air rendaman daun hempedu bumi....kalau bunda tak silaplah namanya.....daun ni juga pahit giler..cuma rendam sehelai dua daunnya dalam air panas ..bile sejuk minum...utk penawar darah tinggi jugak kata orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm bunda,,betul mmg pahit melekat,,tp bila diminum dgn coffee tak terasa sgt kepahitan tu..
      saya nak bg kat bunda pun sy pun baru tanam lg,,mungkin ada pengunjung2 lain yang singgah boleh la respons kt mana nak dapatkanya.

      Delete
  9. Assalam. .. sy dh lama cr akar ni nk bt cerai susu ank dh 3 thn lbh. biasa ni je ubt yg jd nya. bdn dh x brp sht. boleh mtk tlg puan poskn?sya sggup byr brp pun..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau puan ummusaif masih berminat nak batang seruntun, makcik saya Ada menanam pokok tu. SMS 0128432092

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Saya teringin nak buat bisnes supply akar seruntun dan batang serta daunnya. Berapa harga pasaran dan dinmana boleh saya jualkan.

    ReplyDelete
  12. salam saya dah lama nak cari batang seruntun nie untuk putus susu anak..tapi tak jumpa,sesiapa yang jual boleh wassap saya segera..sangat memerlukan..0126584078

    ReplyDelete
  13. Kami mencari pengedar kopi patawali @ seruntun kami...boleh whatsup kami .. 0133355623.. Keuntungan menarik..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Sy juga teringin nk tanam...spe boleh bg benihnya...tuk kulit anak...

    ReplyDelete