Friday, 19 September 2014

betulkah ini bayam peraksi?

Assalamualaikum wbt..

Memenuhi masa dengan hobi berebun ni memang menyeronokkan,Banyak benda yang kita dapat samada pengalaman atau pun ilmu2 baru.Betapa Maha luasnya ilmu Allah Swt.
semasa mak saya datang ke rumah dia turut sama meninjau2 pokok yang saya tanam sekitar rumah saya."nampak seperti bayam peraksi,",kata mak saya sambil menunjuk kepada pokok (dalam gambar kat bawah)Boleh dibuat sayur lemak putih kata mak saya,,bla bla

Bila disebut bayam peraksi terus saya teringat yang sy pernah terbaca tentang pokok ini yang boleh  menyembuhkan denggi.tapi saya tak berapa nak pasti sebab gambar google ada bunga warna purple,,yg ni takda bunga atau pun belum berbunga lagi tak tahu lah.


sebelum ni melambak2 tumbuh tapi saya cabut jer,,nampaknya tinggal satu pokok ni jer yang ada,puas saya intai keliling dah takda.gigih benar saya merumput sampai nak pupus, dulu bukan main banyak lagi.hehe


cuba perhatikan ia seperti berbulu sedikit,,mcm pucuk labu pulak,tapi pucuk labu sayur lemak putih memang sedaplah,,teringin nak try yg ni pulak tp takut jugak,,mak saya pun dah tua mata takut tak jelas sangat,,salah kang nanti tak pasai2 keracunan pulak.confuse yg gambar google tak nampak la pulak berbulu2 nampak smooth jer mcm rumput liar bunga purple tu.
kawan2 yang arif tolonglah camkan bagi pihak saya,,hehe

24 comments:

  1. Betul tu bayam praksi. Sedap buat ulam. Suka tumbuh sendiri tapi kalau ditanam tak berapa jadi. Bunganya hampir serupa dgn bunga pokok tambak bukit yg dikatakan ubat denggi. Daun bayam praksi memang mcm berbulu sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Tiny atas pencerahan..nampak macam sedap jer untuk disayurkan,,lps ni boleh try,,hehe

      Delete
    2. Bayam praksi tu buat sayur lemak, sayur pedas sangat sedap

      Delete
    3. Bayam praksi tu buat sayur lemak, sayur pedas sangat sedap

      Delete
  2. Replies
    1. sy pun baru tau ja padahal dah 30++ tahun hidup..generasi org tua lama2 lebih tau sebab mereka lebih mesra alam berbanding kita.

      Delete
  3. 1 st time tau
    pokok bayam biasa saya pernah tanam..tp x berapa elok sebab tanam dlm pasu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh mcm tu ker,,sy belum tanam bayam lagi,,

      Delete
  4. http://madey09.blogspot.com/ follow blog awak ni very nice blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Etuza sudi berkunjung di sini..salam kenal

      Delete
  5. Baru tahu ni bayam peraksi...saya rasa kat laman saya pun ada...tp ye lah selalu nya cabut buang sebab pk rumpai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun tak tahu kalau tidak kerana mak saya yang bagi tau,,org tua2 lebih arif ttg pokok2 sebegini.

      Delete
  6. Memang betul ..kalau kita berkebun ni rasa kepuasannya time tengok tanaman kita menjadi dan membesar...hilang rasa penat lelah...tambahan lagi bila dapat tuai hasilnya..
    Bayam jenis ni baru pertama kali bunda dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bunda,,hanya yang minat tau dan memahami kan..
      sy pun baru tau, sejak minat berkebun ni mcm2 ilmu dapat hasil saling kongsi mengonsi antara rakan blogger.seronok!

      Delete
  7. ooo...pokok ni byk jgk tumbuh kat laman kami...ingatkan weed, dok cabut buang je sebelum ni...pasni cabut buat tumis air la plk...hehehe...tq kongsi info ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni ana boleh kongsikan kat blog,,nak tau jugak mcm mana rasanya!saya kena tunggu ia tumbuh banyak dulu br boleh buat sayur putih,,agak2 sedap mcm sayur pucuk labu agaknya.tumis air lada hitam pun best barangkali..

      Delete
  8. Bayam paraksi rupanya, selalu je tumbuh dkt laman rumah & selalu jugak Julie cabut buang...aanyway thanks utk nice info ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkam julie,,sumber makanan org2 lama sebab tu lah mereka sihat2 dan panjang umur kan walau pun kuat bekerja,

      Delete
  9. Biasa saya cabut je kali nampak,tak tau pulak dia bayam. terima kasih kongsi info.

    ReplyDelete
  10. sy pun br tau ibu qis,,sebelum ni pun cabut jugak..

    ReplyDelete
  11. http://madey09.blogspot.com/ subahanallah indahnya ciptaanNya

    ReplyDelete
  12. Sayur lampagak dipanggil klo di sabah (bhs Dusun)

    ReplyDelete
  13. Bayam paraksi ke untuk ubat demam denggi?

    ReplyDelete
  14. MEMANG BETUL BAYAM PARAKSI
    SYA SELALU MAKAN MENTAH,CICAH DENGAN BUDU,HEHE
    PERHH SEDAP.HABIS 2 PNGGAN NASI KALAU MAKN DENGAN ULAM NI,

    ReplyDelete