Friday 4 October 2013

Jasa pokok setawar

kuku cekam


Minggu lepas saya mc 2 hari kerana kuku cekam.boleh tahan jugak lah sakitnya.siap keluar nanah lg.huhu.2 hari masih tak bak menunjukkan tanda2 nak sembuh.walau pun sy makan antibiotik yang diberikan doktor.Jika tak baik jugak tak ada pilihan lain melainkan kena cabut kuku.aduh ngeri kalau nak bayangkan,,mesti sakit giler!

sambil termenung melihat pokok2 yg saya tanam,,tiba2 saya tertarik dgn pokok setawar yg semakin membesar dalam pasu self watering saya.rasa macam nak cuba jer mana tau boleh baik.lalu sy google kebaikan setawar,,antaranya anti fungus,,bakteria dan cepat memperbaik luka dan macam2 lagi lah.lepas solat isyak sy terus tumbuk daun setawar,,tempek pada kuku cekam,,balut hingga ke subuh.

apa yg memeranjatkan sy,,esoknya kuku sy terus menunjukkan kesan positif,syukur pada Allah,hanya sekali sy tempek daun setawar,,slps 2 hari kuku saya sudah baik sepenuhnya.kalau tidak tak dapat lah saya bayangkan macam mana sakitnya kena cabut kuku.rawatan cara tradisonal dari sumber alam semulajadi tidak kurang hebatnya.apa pun perlu diingatkan semuanya dengan IZIN ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment