Saturday 28 September 2013

update- balik kampung cuti 16 september

bunga2 biru kat bawah ni membuatkan hati saya berbunga2 balik kampung kali ini.masuk saja ke pagar rumah "wow" bunga telang yg saya tinggal cuti raya adil fitri hari tu yg mana hanya sekaki tingginya sekarang sedang galak berbunga dan memanjat pagar. benih saya beli dari en iskandar.

      
     








Yang ni pulak pokok manjakani.ambil dari pengasuh anak,,3 pokok semuanya.2 pokok saya tanam dalam pasu kat Penang.Jika diperhatikan ianya sudah berbuah,,besar hujung kelingking dekat kayu yang saya pacak.sebenarnya ada lebih kurang 5 biji buah manjakani sedang tumbuh dicelah2 pokok,,tapi kamera cap ayam saya tak mampu untuk zoomkan bg clear..yg nampak ni kiranya yg paling besar la.

yang ni pulak pokok kunyit,,di gali dan ditanam semula dalam tayar kerana pokoknya telah lenyek dipijak suami saya ketika memasang bata pagar belakang rumah

Yang ni pokok temu pauh yang dibeli rizomnya dari En iskandar Tanam Sendiri.com.Al-ha,dulillah sudah hidup dengan baik nampaknya.

antara aktiviti utama balik cuti hari tu,,2 beranak masing2 sibuk.bapaknya menyiapkan pagar rumah yang terbengkalai kerana kesuntukan masa,,si anak pulak sibuk mengacau pasir..entah apa yang nak dibuatnya...

yang ni gak lawak sedikit..saya ingatkan pokok anggur kerana masa kat penang hari tu saya ada menyemai biji anggur,,so bila dah nampak naik saya bawa balik tanam kat tanah merah.harap saya pokok anggur ni dapat berdikari kerana saya tiada untuk menjirusnya,,mengharapkan hujan sahaja.Tup2 bila saya balik terkejut tengok buah yang keluar buah timun batang,,haha..bukan main besar buahnya tapi kontot macam tuan dia jugok,,hehe.

No comments:

Post a Comment