Assalamualaikum wbt..
|
cucur nasi |
Hari ni keluar sikit dari cerita2 kebun,beralih kepada masak memasak pulak..hehe.Nasi semalam yang tak habis dimakan nak buat apa ? selalu sangat goreng nasi,, yg tukang makan banyak saya lah tapi anak tak makan pulak.tak sedap agaknya nasi goreng saya.
lalu saya menggoogle la apa yang boleh diolah supaya tidak membazir,,kekadang tu terlanjur ke tong sampah jua walau pun penuh dengan perasaan bersalah dan kesal..huhu
Hasil dari info google rupanya banyak boleh dibuat dengan nasi lebih ni antaranya ialah :
*nasi goreng
*cucur nasi
*bubur nasi
*dikeringkan- goreng-disira
*dikeringkan-dijadikan makanan ikan
Dari berbagai-bagai pilihan menu di atas saya memilih untuk mencuba cucur nasi untuk breakfast pagi ni.nasi dimesin dengan ikan bilis,,campur dgn bahan2 asas cucur ikut bahan2 yg sedia ada di dapur seperti lada merah,carot,bawang kuning dan daun bawang(sy letak daun bawang putih yg saya tanam) dah gaul sebati dengan tepung gandum gorenglah.
Maka hasilnya seperti gambar yang tertera kat atas,,hehe.
tak berapa bulat sangat,,tak habis menuntut ilmu lagi,,yg masuk blog ni pun yang terpilih dah sebab saya bila goreng apa2 cucur semakin lama semakin membesar cucurnya,, tak tau kenapa,,.(padahal malas menggoreng..hahaha)
Pada saya agak sedap berbanding cucur bilis dengan tepung gandum sahaja,sturkturnya lembut,Paling best anak saya pun makan banyak,kena dengan selera dia agaknya.Bila dah confident dengan rasanya maka saya pun hantarlah ke rumah baby sitter sikit,,bolehlah mereka makan dengan bebudak tu sekali.
lain kali boleh try next menu satu persatu,,mungkin lempeng dalam perhatian saya,,amik yg mudah2 dulu.