Saturday, 27 September 2014

Nasi tak habis? elakkan membazir

Assalamualaikum wbt..
cucur nasi
Hari ni keluar sikit dari cerita2 kebun,beralih kepada masak memasak pulak..hehe.Nasi semalam yang tak habis dimakan nak buat apa ? selalu sangat goreng nasi,, yg tukang makan banyak saya lah tapi anak tak makan  pulak.tak sedap agaknya nasi goreng saya.

lalu saya menggoogle la apa yang boleh diolah supaya tidak membazir,,kekadang tu terlanjur ke tong sampah jua  walau pun penuh dengan perasaan bersalah dan kesal..huhu
Hasil dari info google rupanya banyak boleh dibuat dengan nasi lebih ni antaranya ialah :

*nasi goreng
*cucur nasi
*bubur nasi
*roti nasi
*apam
*dikeringkan- goreng-disira
*dikeringkan-dijadikan makanan ikan



Dari berbagai-bagai pilihan menu di atas saya memilih untuk mencuba cucur nasi untuk breakfast pagi ni.nasi dimesin dengan ikan bilis,,campur dgn bahan2 asas cucur ikut bahan2 yg sedia ada di dapur seperti lada merah,carot,bawang kuning dan daun bawang(sy letak daun bawang putih yg saya tanam) dah gaul sebati dengan tepung gandum gorenglah.

Maka hasilnya  seperti gambar yang tertera kat atas,,hehe.
tak berapa bulat sangat,,tak habis menuntut ilmu lagi,,yg masuk blog ni pun yang terpilih dah sebab saya bila goreng apa2 cucur semakin lama semakin membesar cucurnya,, tak tau kenapa,,.(padahal malas menggoreng..hahaha)

Pada saya agak sedap berbanding cucur bilis dengan tepung gandum sahaja,sturkturnya lembut,Paling best anak saya pun makan banyak,kena dengan selera dia agaknya.Bila dah confident dengan rasanya maka saya pun hantarlah ke rumah baby sitter sikit,,bolehlah mereka makan dengan bebudak tu sekali.

lain kali boleh try next menu satu persatu,,mungkin lempeng dalam perhatian saya,,amik yg mudah2 dulu.

22 comments:

  1. Salam Cucubulat,

    Wah, dalam banyak2 tu Mak Aji pernah buat nasi goreng dengan apam aje! Banyak juga benda lain boleh dibuat ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm mak aji..
      sy pun teringin nak cuba buat apam juga mak aji,,mcm menarik letak kaler biru dari bunga telang.

      Delete
  2. Salam sis Nor, idea menarik utk dicuba ni, thanks utk resepi ni ya, mmg bagus dicuba utk mengelakkan pembaziran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis julie..sharing is caring,,hehe
      cuba la buat,,sedap! duk buat nasi goreng selalu boring jugak..

      Delete
  3. bagus testimonial ni...hehehe...
    masak pun kena kreatif megolah bahan jgk kan? boleh dicuba nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..testimonial syok sendiri!
      betul2x,,semua benda kena kreatif dan inovatif br seronok..try lah nti update testimoni kt blog naa.

      Delete
  4. ermmm saya tahu buat nasi goreng sajalah....kreatif dan ok lah sbb anak2 suka...boleh buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi goreng pun ok,,sedap jugak! anak sy punya kerenah tak mau mkn nasi pagi2..huhu

      Delete
  5. Hari tu ada pekerja Indon kat ofis share resepi buat keropok dari nasi sejuk... entah mana pula saya letakkan.. nanti boleh cuba jemput2 pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mar,,yg keropok nasi tu sy dah link ke blog resepinya,,mungkin ada persamaan resepi dgn pekerja indon tu.

      Delete
  6. http://madey09.blogspot.com/ hebat blog ni, Subahanallah...ciptaanNya luarbiasa..dah link ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. T, kasih singgah sini..ye ciptaan Allah mmg tiada bandingnya..

      Delete
  7. terharu dah linkkan pesona & mustika

    ReplyDelete
  8. biasa buat nasi goreng jer.yg lain belum pernah cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi goreng pun sedap akak kalau kena gayanya,,sy buat untuk anak dia tak mau mkn nasi pagi2.

      Delete
  9. Ada satu ketika cucur nasi ni jadi popular.
    Terima kasih kerana ingatkan kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketinggalan keretapi rupanya saya,,br tau,hehe

      Delete
  10. Sy pun tak pernah buat sdiri cucur nasi ni..tapi pernah mkn...boleh la buat lenkali

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia rajin masak bukan takat cucur apam pun boleh try lar,,nti update.

      Delete
  11. Macam2 boleh diolah hanya dengan nasi...kreatif...bunda pun nak cuba cucur nasi ni nanti...

    ReplyDelete