Assalamualaikum wbt..
seronok pertama kali saya melihat bunga telang berlapis yang saya tanam sudah berbunga.berbunga-bunga hati saya melihat kuntumannya.mcm bunga ros pulak..dah lama saya beli benih dari tukang kebun tapi kesuntukan masa untuk menyemainya.
sekarang dah mula berbunga nanti tak susahlah untuk mendapatkan benihnya.Nampak dedaunnya subur walaupun sy tumpangkan di pancang pokok lada hitam..harap keduanya serasi bersama..
Tapi apa yg menarik semasa saya blogwalking terjumpa pulak blogger yang tanam spesis bunga telang bewarna putih..teringin pulak saya..mana nak dapat benihnya.mesti cantik biru putih digabungkan sekali. kalau sesiapa ada benih boleh lah bg tau sy..hihi
telang berlapis sudah berkembang |
berkongsi pancang pokok lada hitam |
gambar dari google |
gambar kat bawah ni pulak telang selapis..bukan main galak berbunga..penat pulak nak kutip hari2..kalau ada bebudak mau je diupah kutip setiap hari untuk dikeringkan dan disimpan untuk kegunaan ketika diperlukan.
anak-anak pokok baru pun sudah banyak tumbuh sendiri kerana banyak benih kekacang yang matang gugur sendiri..ada yang kata kacangnya boleh di buat masakan,,saya belum cuba lagi.
banyak benih matang gugur menghasilkan anak pokok baru |
kutipan dalam sehari |
No comments:
Post a Comment