Sunday, 3 August 2014

Pokok epal bidara sudah berputik

Assalamualaikum wbt..

Hari ni saya nak kongsikan kegembiraan.bukan saja gembira pulang beraya di kampung tetapi gembira kerana pokok epal bidara yang saya tanam sudah mengeluarkan bunga dan putik yang agak banyak.tak sangka rasa baru jer saya tanam dalam bulan ogos 2013.Gambar kat bawah tu masa pokok mula2 di tanam dan gambar terkini.

 pokok yang mula ditanam sekitar ogos 2014

Bulan julai 2014

Sekarang pokoknya semakin membesar .walau pun tanah halaman rumah saya agak keras (tanah bukit) dan amat sukar bagi pokok2 untuk hidup subur apatah lagi dengan keadaan saya yang tanam dan tinggal kerana saya belum menetap sepenuhnya di rumah ini,hanya pulang time cuti sahaja..tapi al-hamdulillah nampaknya pokok ni boleh survive.


tak dinafikan pokok ni kesayangan saya selalu diberi perhatian melebihi pokok2 lain apabila saya balik,,segala sisa dapur dan perut ikan or what ever  saya akan tanam disekitar pokok ni.sampaikan jiran sebelah pun turut membelainya dengan membuang botol2 sardin dan plastin di umbi pokok ini..hihi...mcm2 kerenah.


bunga dan putik buah yang agak lebat atau banyak

close up batang pokok sudah membesar


putik buah yang kelihatan
Tahun ni boleh dikatakan semua pokok buah-buahan atau bungaan memang menjadi.sana sini berbuah dengan lebatnya sehingga tak termakan.putik buah epal ni masih kecil lagi,,saya berharap ia lekat dan membesar menjadi buah sulung untuk kami nikmatinya.Tapi agak kecewa ulat pun banyak yang sudah menggulung daun2 pokok ni.Kalau ada rezeki dapatlah rasainya.insyaallah

Buah bidara bukan saja sedap malah ada banyak manfaat dari segi perubatan  dan ada disebut dalam hadis rupanya.baru saya tau.untuk lebih terperinci tentang manfaat dan kelebihan pokok epal bidara boleh juga klik di sini. dan di sini




No comments:

Post a Comment