Friday 8 March 2013

satu kebaikan dibalas 10 kebaikan

~Kisah Saidina Ali telah membelikan 1buah delima untuk isterinya, dalam perjalanan pulang terserempaklah dia dengan seorang yang lapar inginkan makanan, lalu Saidina Ali berfikir sedangkan buah itu untuk isterinya dan tiada duit lagi untuk membelinya, namun begitu Saidina Ali telah memberikan buah delima itu kepada orang yang lapar itu tadi dan pulanglah dia dengan tangan kosong balik berjumpa isterinya, isterinya tidak memarahinya kerana dia tahu suaminya tiada duit ketika itu..

 tiba2 beberapa lama kemudian datanglah seorang sahabat ke rumah Saidina Ali lalu mengetuk pintunya dengan membawa sedulang buah delima dengan menyatakan dihadiahkan atau dikirimkan oleh seseorang kepadanya. Saidina Ali terus membilang buang delima itu..tapi dibilangnya tidak cukup 10 dan berkata "Aku tidak mahu buah ini, kerana Allah telah menjanjikan 1 kebaikan dibalas 10 kebaikan, buah ini hanya ada 9 sahaja..bawalah pergi buah ini." .. sahabat berkata "sebenarnya aku telah ambil sebiji...". bila mendengar begitu..Saidina Ali terus mengambilnya dan memberikan kepada isterinya...

*Buah sedulang itu sebenarnya dari malaikat yang mengirimkannya...

Janji Allah memang benar.sy teringat peristiwa yg memberi kesan kepada sy.ketika sy pulang ke kg sy telah memberi brg2 dapur termasuk beras dan sebagainya kerana abg sy tinggal dgn mak kerana ada masalah pekerjaan,anaknya juga ramai.banyak juga yg sy beli mmg niat tuk bersedekah kerana sinpati dgn dengan keadaan mereka.buah kerdas adalah ulam kegemaran sy.sy belikan utk makanan kami bersama.

bila balik semula ke sini,,entah mengapa sy rasa teringin macam org mengidam pulak nak makan kerdas,,masa tu dah dekat highway mana nak jumpa benda ni.suami singgah kedai jual kepok lekor,,tiba2 dia bawa sekali buah kerdas yang gemuk2 giler da harganya memang murah giler..terkejut sy kedai kepok lekor jual buah kerdas.memang terdetik di hati sy memang Allah nak sampaikan rezeki sy melalui cara ni.dan apa yang Allah bagi adalah lebih baik dr apa yg sy telah sedekahkan hari tu.subhanallah harganya sgt murah,,gemuk2 sampai sy makan tak habis.


No comments:

Post a Comment