Sunday 21 April 2013

eksperimen pasu self watering


Ahad/21 April 2013

Ahad/21 April 2013


Projek yg sempat saya siapkan kerana ia tak memakan masa yang lama nak buat.Bila hannan keluar dengan abahnya,,ni lah masa yang sesuai boleh saya buat tanpa gangguan.bila dh siap pasu terfikir pulak nak tanam apa yang sesuai,,mujur ada pokong bawang yang dah bercambah kat dapur,,harap berkembang subur la lepas ni dengan pasu self watering ni.

Dah lama nak buat pasu self watering ni tapi  tak jadi2.hari ni sy cuba siapkan projek yang dah diset dalam kepala lama dah tapi tak dapat nak buat kerana sibuk..hehe sibuk apa benda tak tau lah,dalam kepala ni bermacam2 benda fikir nak buat,,sebut pasal masak sy pun minat memasak,kraf pun minat,berkebun pun minat,,menjahit pun minat blogging pun minat,,pendek kata semua saya suka buat walau pun tak berbakat mana,,tapi masalahnya tak terbuat2 pun..kalau ada pun projek yg sy dah buat terbengkalai,,nak sambung balik malasnya...

kadang-kadang terfikir kalau saya tak bekerja bastnya ada masa nak buat semua ni,,hati jugak terhibur melakukan perkara yang kita suka,,huhu...tapi tu la,,hanya orang yang tak pandai menguruskan masa sahaja boleh bagi alasan macam-macam..sedangkan orang yang bijak menguruskan masa boleh melakukan semua perkara dengan jayanya,,bila lah saya boleh jadi seperti itu..huhu



No comments:

Post a Comment