Tuesday 21 May 2013

Pintu pagar rumah di Tanah Merah


Pintu pagar rumah di Tanah Merah.bendera parti hak milik jiran sebelah.undi kami adalah rahsia.hehe


Al-hamdulillah akhirnya siap jugak pagar rumah kami.tempah dengan owner Melayu.jangka siap dalam bulan April tapi sebaliknya kami balik bercuti sempena PRU13 iaitu 4-7 mei masih tinggal tiang jer kiri kanan,pagarnya belum dipasang.Lepas bayar deposit hari tu mereka janji bila dah siap akan pasang walaupun kami belum balik kampung,tapi tak pasang jugak,,huhu.

husband call tanya,,katanya pagar dah siap,,tp lori tak de la,pi test lesen la,,mcm2 alasan tak munasabah .padahal dekat jer rumah kami dengan kedainya,,boleh lalu jalan short cut dlm kg jer,,paling lama pun 5 minit jer.akhirnya kami decide nak pi serbu kedainya hari Isnin,,kalau pagar tak siap mmg kami akan cancel n cari orang lain.tapi sebaik kami tiba pekerjanya tengah polish pagar tersebut dan katanya akan dipasang hari tu juga,,bos sendiri yang turun pasang.akhirnya misi cuti kami berjaya jugak untuk memastikan pintu pagar rumah kami siap dipasang.Kos untuk pintu pagar ni RM3040.after diskaun RM3000.00..RM40 jer bagi kurang..huhu

lepas ni boleh la kami bercucuk tanam apa yg patut tanpa risau dengan gangguan dari lembu2 yang berkeliaran.sebelum ni pokok pisang yang mak mertua tanam habis dikerjakan lembu.sekarang al-hamdulillah selesai masalah pintu pagar.

tapi ada lagi satu benda yang tak settle.tempah baju kurung saya sepasang dan anak prmp 2 pasang, dengan tukang jahit melayu jugak.hantar bulan 2,,bagi due date 24/4/13,,tapi kami pi bulan 5 apa pun belum siap.katanya dah potong,,apa2 je lah makcik oi.ikutkan hati rasanya malas dah nak pi ambil,,beli kain lain upah tempat lain pulak lah.mmg sy ban dh kedai mak cik ni dah lah upah mahal jugok rm35 sepasang.kesian anak saya nak pakai pi tadika setiap hari jumaat.baju kurung dia cuma ada 2 jer untuk gilir tu dah semakin singkat n sendat,,sebab budak2 mmg cepat membesar.

***sebenarnya entry ni dah berminggu2 terperam dalam folder draft,,termasuk lain2 entry masih banyak belum di publish kerana masalah upload yg terlalu lama.tak larat nak tunggu.penat!

No comments:

Post a Comment