Sunday 13 July 2014

Snek halia

Sungguh lama saya tidak berblog..tak tau nak kata sibuk sangat tak juga mungkin mood malas yang melanda.Mood berblog hilang kerana keserabutan saya dengan kerja yang entah apa2 sekarang.nak buat macam mana kami yang menurut perintah sahaja.
Hari ni terbuka hati untuk post entry kat blog.tengah cari-cari resepi untuk berbuka tiba-tiba jumpa resepi snek yang ringkas ini dan agak menarik dan menyihatkan..elok lah sy paste kt sini supaya senang nak cari lain kali.kredit kpd tuan blog.
halia yang diparut
snek yang sedia untuk dimakan

BAHAN2:
Halia
Garam
Ikan Bilis
Kacang tanah

CARA2:
1. Hiris halia sebesar batang mancis.
(Along grate jer sbb nak cepat. Lain kali nak grate halia tu lebih besar sedikit supaya tak hancur bila di goreng).
2. Gaulkan halia dgn sedikit garam & goreng dgn minyak dalam sehingga rangup.
Buang minyak lebihan goreng sebab nanti pahit rasa nya kacang & ikan bilis kalau guna minyak ni.
3. Goreng berasingan kacang & ikan bilis sehingga rangup menggunakan minyak yg baru.
4. Campurkan ketiga2 bahan & siap utk di nikmati.

kepada kawan-kawan member blog boleh lah mencuba..saya elum buat lagi insyaalah nanti nak try buat snek sihat ni.Boleh membuang angin-angin dalam badan.sesuai jugak dimakan bersama bubur nasi.ikut kreativiti masing-masing.

No comments:

Post a Comment