Saturday 23 August 2014

Carolina jasmine


Assalamualaikum wbt..

diameter bunganya lebih kurang duit syiling 20sen
Bunga carolina jasmine yang saya beli dari Em Nursery sudah sampai semalam.T.kasih banyak2 akak.
cepat dan pantas mengeposkannya cuma servis nationwide di tempat saya agak mengecewakan ..barang patut sampai hari rabu tapi hari jumaat baru dapat itu pun setelah saya emailkan aduan pada pengurusannya.Tapi customer nationwide yang lain janganlah risau,,saya rasa ia bukan kebiasaan cuma yang ni nak terkena kepada saya..ujianlah tu,,hehe



Inilah rupa bunga carolina jasmine yang saya beli ni.berwarna kuning dan tahan panas.
Baunya seperti bedak baby johnson tu.tapi sebabkan baru dua kuntum kembang baunya tidak ketara sangatlah.kita tunggula dulu gugusan putiknya kembang semua,,mesti harum baunya.

Bila dibelek-belek rupanya ada kekacang pada pokok ni.macam bunga telang jugaklah ni.
lepas ni boleh simpan benihlah.pokoknya jenis memanjat jugak.eloklah saya letak kat pagar rumah saya sebelah pokok telang tu.


cucimata dari gambar dari google
saya harap akan datang nanti bunga saya merimbun seperti ini,,cantik dan wangi.nampak macam senang membiak jer.Kita Tunggu dan lihatlah nanti bagaimana rupanya.hehe

17 comments:

  1. Assalam.. nanti share la perkembangannya ya
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyalah sis kalau menjadi sy tanam mesti sy updatenya,,kalau duk diam du maknanya....hihi

      Delete
  2. Assalam;
    cantik nyer...tk penah tgk bunga ni...tak sabar nk tgk pintu gerbang bunga kuning kt rumah cucubulat...hehehe...jgn lupa update nnti na

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai cik @na nak tangok pintu gerbang pulak,,,tak ada gerbang2 la @na.malu nak boh gerbang tak matching dgn pagar rumah pun pasang pagar jaring jer,,hihi

      Delete
  3. Comei bunganya kan....tapi kak pilih mandevilla dari EM. Bunga kak pun dah sampai juga tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandevilla pun cantik sangat sis mala,,berkenan pulak,,mmg rambang mata lah,,kalau ikutkan nafsu dan duit berkepuk nak beli semua yg diupdate tu,,huhu
      nanti sis update la bunga mandevilla tu..

      Delete
  4. cantik menguning elok kalau dok sebelah telang biru kuning kembangnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya mcm tulah en sud@is kalau menjadi saya tanam ni,,biar ia berbunga banyak2 leh cover pagar saya yang tak cantik tu..hehe

      Delete
  5. Sy pn berminat dgn carolina jasmine. Hari tu nk beli dari em nurseri stok dh hbis

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambang mata sis,,terasa semua nak beli,,tu pasal cepat habis kot

      Delete
  6. Nanti tahun depan bila musim panas..bunga akan keluar byk..sure cantik mcm dlm gambar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaalah nadia,,saya pun mengharapkan perkara yang sama..

      Delete
  7. Salam cucubulat,

    Comel bunganya..kalau pokok dah rimbun InsyaAllah boleh dapat bunga macam dalam gambar tu..try spray baja foliar bagi dia marah sikit..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak yer en tarique,,kena cari foliar lepas ni kasi bangkitkan kemarahan carolina

      Delete
  8. Cantiknya...tergoda mataku memandang...

    ReplyDelete