Friday 8 August 2014

Nasi sihat versi cucubulat

Assalamualaikum wbt..

sejak makin berumur ni badan dah mula sakit-sakit sana sini,,
dulu x amik berat hal pantang larang..dah sakit ni mula lah memandai nak mencipta sendiri resepi tuk menjaga kesihatan pulak..huhu

sudah dua kali saya masak nasi mcm ni,,rasanya ok lah,,
tidak mengganggu sangat rasa asli nasi yang biasa kita makan..
alternatif bg yang tidak suka makan makanan herba secara direct.

caranya senang sahaja..
masak nasi seperti biasa cuma letakkan hirisan halia,kunyit dan parutan carrot.



akhirnya..
 jadilah nasi spt gambar di bawah ini.,
makan dengan lauk2 yg biasa kita masak..
bila makan tergigit halia or kunyit pun tadak masalah..boleh jer telan



Dalam minggu ni hari-hari saya tanak nasi berherba,,
cuma versi jer lain2,,ada masa saya kongsikan versi yg lain pulak
semangat tengah berkobar2..
harap2 saya istiqamah


2 comments:

  1. Salam Cucubulat,

    Bagus ni untuk buang angin dalam badan. Kalau boh daun pandan bagus juga kasi extra wangi!

    ReplyDelete
  2. Betul tu mak aji,,daun pandan ada lupa pulak nak boh sekali,,hehe

    ReplyDelete