Assalamualaikum wbt..
Cuti 31 ogos saya mengambil peluang pulang ke kampung.perkara yang menjadi kemestian ialah meninjau pokok-pokok yang saya tinggalkan.yang pastinya rumput rumpai liar tumbuh dengan gembira lagi.lihatlah gambar di bawah betapa meriahnya mereka!
rumput liar dan kangkung turut menjalar ke serata tempat |
Riang gembira rumput tumbuh berbunga-bunga,,padahal suami saya sudah menyembur racun di sekitar kawasan ni,,nampaknya makin galak ia tumbuh selepas mati diracun.huhu
rumput liar telah menenggelamkan pokok yang saya tanam.anak pokok pemberian MIL,katanya pokok jambu,saya lupa nak tanya jambu apa.
lupa nak close up bahagian belakang pokok daun pandan.terlampau banyak sangat sampai bersemak, saya buang separuh bahagian belakang.nampaknya anak generasi kedua yang tumbuh agak kecil sedikit.mungkin perlu dibaja supaya membesar seperti yang di depan.mula2 saya tanam pokok pandan mcm tak ada harapan,,daunnya kuning pokoknya bantut..kerana tanah bukit yang keras.saya tak putus asa,,tiap kali balik saya mesti tanam perut ikan kat pangkal pokoknya dan siram banyak2 air.akhirnya subur tumbuh sehingga saya terpaksa buang separuh.
pokok mata kucing bersaiz bola ping pong (menurut penjual) agak lambat perkembangannya,,mungkin kerana cuaca agak panas,,tambah pulak mengharapkan hujan sahaja untuk menyiramnya.
pokok belimbing buluh semakin cepat membesar setelah ditanamkan sisa dapur dekat pokoknya.berbeza dengan mata kucing pokok belimbing buluh,pokok kedondong dan serai kayu letak di bahagian belakang rumah yang agak terlindung dari terik mentari yang sangat panas,
pokok serai kayu/samak |
kedondong berbunga |
pokok kedondong saya sudah mengeluarkan putik2 bunga.syukur al-hamdulillah.cepat jugak berbunga.awal dulu diserang bena putih.lalu saya potong habis ranting2 yang diserang bena.cepat pulak berpucuk baru dan berbunga.mungkin baja sisa dapur jugak yang menyuburkannya.
pokok kari yang saya tanam dari saiz sekaki.kini semakin tinggi.petua orang daun kari baik disiram dengan air beras.saya pulak tanam sekali suku genggam beras.nampaknya berkesan jugak.tapi sekarang sudah nampak ada serangan pada pucuknya.daunnya berpintal2 mcm diserang ulat.bila dibelek-belek tiada ulat,,yang ada belalang.
inilah teman setia pokok limau saya..habis daun dikerjakannya.entah bila lah saya nak dapat hasil limau nipis yang saya tanam sendiri.huhu
pokok halia |
pokok serai acheh |
pokok kunyit |
pokok serai acheh dan kunyit menjadi kekuningan daunnya.adakah kurang baja,atau panas atau tidak mendapat siraman yang sucukupnya.setelah ditukar ke patch yang baru,,pokok serai acheh banyak mengeluarkan sulur yang baru walau pun pokoknya kelihatan kurang subur.
pokok temu pauh |
Subur2nya pokok CB tanam....beserta rahmat hujan.....1st time tengok pokok temu pauh, daun macamdaun kunyit kan...ulam ke ni....
ReplyDeleteal-hamdulillah,,dgn rahmat Allah hidup wp sering ditinggalkan.
Deleteye boleh buat ulam,,tapi ada juga yang masukkan dalam sayur gorengan.baunya macam mangga sedikit,,pendek kata kombinasi mangga dan halia lah.
Terima kasih kerana sharing cerita ni. Ada satu info yang menarik kak dapat. Pokok samak. Kalau orang cakap pokok serai kayu, mati kak tak tahu. Pucuk samak ni wangi. Pokok dan buahnya seakan buah 'keriang'. Bulat hitam bila masak. Waktu budak2 dulu suka makan.
ReplyDeleteye sis mala,,nostalgia zaman kanak2..terbalik pulak yer,,saya sebelum ni hanya kenal daun serai kayu,,akhir2 ni jer baru tahu samak tu serai kayu,,hehe
DeleteSalam CB,
ReplyDeleteooo siram air beras...blh cuba ni...pokok kari kami keding ja...beberapa kali dh tnm asyik kojol...tq2
oh ye ker,,selalunya saya lihat pokok2 yg @na tanam subur segar bugar..saya pulak tanam kesum asyik kojol..huhu
Deleteleh la try,,sebelum ni sy tabur beras,,tp nampak berkulat beras bila selalu siram,,now sy tanam sekali,,hihi.cara orang pemalas nak simpan air beras + selalu lupa.
Salam Cucubulat,
ReplyDeleteTanpa tuan membelainya pun subur2 pokok ni semuanya! Boh beras kat pokok kari ya! Menjadi pulak dia ya. Air beras yg dibiar semalaman tu adalah Mak Aji buat tapi main curah aje kat mana2 pokok secara rambang - rezeki masing2lah.
al-hamdulillah mak aji,,tanam pokok kayu camni boleh lah harapkan hujan,,ikut jenis pokok jugak,.nak tanam pokok2 hiasan berpasu tu x boleh la wp teringin..huhu
Deleteair beras memnag elok untuk mana2 pokok kan mak aji,,kalau rajin boleh la simpan hari2.sy malas n selalu lupa.
Pokok yang cucubulat kata rumput liar tu memang perkasa berapa kali bakar pun boleh naik lagi.
ReplyDeleteSubur subur pokoknya
memang betul tukang kebun,,mmg liat sungguh,,tengok sajalah bunganya,,mesti kuat menyebar benih kan,,tp ada terbaca kat blog mak aji rasanya pokok ni mujarab untuk ubat denggi.
Deletebanyak jugak tanaman herbanya, paling geram pokok petai tu ngan kedondong. :D
ReplyDeletemakasih banyak ya atas infonya
ReplyDeleteijin nanem link sob, thanks
ReplyDelete