Saturday 15 June 2013

Benih order kali ke-2 telah sampai

saya sudah jadi addict tuk menanam,dalam kepala ni asyik fikir nak tanam macam2 walau pun hidup saya pindah randah,,kejap kat kg kejap kat penang.antara benih yang saya order untuk kali ke-2 dengan en Iskandar ialah:

  1. cilik solok
  2. tomato ceri full house
  3. betik sekaki
  4. temu pauh
  5. kacang botol
  6. kucai
  7. daun sup
macam biasa akan setiap bulan en iskandar akan bagi percuma benih kongsi.yang saya dapat ms order pertama dulu pun belum sempat saya semai kerana sibuk dan masa yang singkat sahaja cuti 2 minggu di tanah merah.benih kongsi ni sy akan semai kat penang.nak kena pi beli pasu terlebih dahulu.

betik sekaki saya simpan dulu untuk di tanam di atas tanah di tanah merah,,kat sini x sesuai tuk tanam di dalam pasu.nak di bahagi kepada mertua sikit,,ambil hati mak mertua sikit,,mesti dia suka kerana dia memang suka berkebun.sama jugak dengan kacang botol ia sesuai ditempat yang luas atau di atas tanah.saya akan semai dalam polibag dulu,,time balik kg terus pindah ke tanah.

saya pesan benih tomato ceri kerana teringin nak cuba tanam secara terbalik,,kalau menjadi mesti cantik dan menarik perhatian.temu pauh dan cili solok akan dibahagi dua separuh untuk penang dan separuh untuk tanah merah.tahun lepas saya pernah tanam cili solok dalam tin susu anak saya sahaja,,berbuah lebat dan mendapat perhatian jiran2.orang kata susah nak tanam cili sebab sering diserang ulat.agaknya di apartment tingkat 11 ulat tak daya naik kot,,sebab tu elok je cili solok saya.harap tanam yang ke-2 ni pun menjadi jugak lah.




No comments:

Post a Comment