Tuesday 29 October 2013

benih order oktober sudah sampai


Antara benih yg saya order dari http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/.sudah sampai..6 benih semuanya iaitu :

  1. bunga telang berlapis,
  2. lemon balm,
  3. dill,
  4. Fresh Cupid's Flower Mixed Seeds,
  5. sweet basil large italian,
  6. basil licorice
  7. benih kacang tadong.yg ni tukang kebun bagi percuma.Terima kasih banyak2.


bunga telang selapis sy dah tanam,,yg kat kg dah berbunga pun cuma yg tanam kat sini(penang)
belum lagi.yg berlapis2 ni hajat hati saya nak tanam dalam botol gantung seperti di blog 
diari kebun~@na.kreatif betul..

saya pernah beli basil dari en iskandar sebelum ni..saya semai kat kampung masa cuti,,kemudian saya tinggalkan,,apa yang terjadi bila saya balik ke kampung semula ialah,,rumput rumpai dan segala jenis pokok renak tumbuh subur sekali sehingga saya tak tahu mana satu pokok basil yang saya semai..last2 sekali saya tebas kesemua.maklum lah saya masih baru dalam berkebun tak semua pokok saya kenal tambah pulak pertama kali saya semai basil.

sekarang saya sudah jadi obses dengan benih2,,pantang tengok jer rasa nak tanam walau pun dalam koleksi banyak lagi tak tersemai.kalau ikutkan benih2 yg saya beli dari en iskandar pun masih banyak yang saya belum semai.semai banyak2 kan mana sy nak letak..hanya di balkoni sekakang kera tu la tempat saya berkebun,,fully dalam pasu,,bukan berkebun di tanah.hehe.

ada teringin nak letak luar rumah saya,,tapi jiran keliling semuanya tanam pokok hiasan,,rasa segan lah pulak nak letak sayur-sayuran kat luar tu,,hehe.saya pulak 2-2 saya suka tanam,,cuma kepuasan tu lebih bila menikmati hasil tuaian sendiri.



2 comments:

  1. Salam Bahagia.

    Syukur Alhamdulillah Selamat Terima.

    Happy Germinating, Growing and Gardening!

    ReplyDelete