Wednesday 16 October 2013

update balik cuti raya haji 13 oktober


pokok ubi kayu yang saya tanam agak pelik sikit,entah kenapa tingginya melayung sekali mengatasi ketinggian atap rumah jiran.saya pun pelik kenapa.adakah sebab saya tanamnya dengan pacak secara berdiri,entah .kata suami saya mungkin sebab tanahnya keras maka dia melonjak ke atas.pelik dan lawak pulak sy rasa.




yg ni dari benih ubi yg sama cuma kaedah tanam berbeza.saya tanam secara baring.nampak gaya macam meninggi jugak.tunggu dan lihatlah nanti ketinggian tara mana.
kenapa saya tanam pokok ubi kayu banyak2.sebabnya saya berharap pokok ubi dapat menggemburkan tanah di kawasan rumah saya yg sangat keras.asal dari tanah bukit,,memang mencabar untuk menanam.apa jenis pokok yg saya tanam susah nak hidup kecuali pokok ubi.\dan serai yang agak lasak.


pokok epal vietnam atau epal bidara.beli kat ekspo petanian seberang prai.lebih 3 bulan lepas.sudah banyak mengeluarkan pucuk2 baru.tapi batangnya agak kecil dan tidak stabil,,terpaksa letak kayu sokongan.kelihatan pokoknya berduri.saya pun tak pernah tengok pokok epal bidara sebelum ni.entah betul ke tidak pokok epal bidara ni.
pokok mahkota dewa.saya beli dari ekspo pertanian di seberang prai,lebih kurang 3 bulan lepas.sudah keluar pucuk2 baru.
pokok telang telah mengeluarkan banyak kekacanang/benih.boleh semai benih telang banyak2 lepas ni

pokok pandan semakin berkembangdengan jayanya.mungkin juga kerana saya tanam sisa perut ikan dekat dengan pokoknya.





No comments:

Post a Comment