Monday, 2 December 2013

projek tanam pokok musim banjir


Hari ni saya ke nurseri beli pokok puding merah atau lebih dikenali dengan pokok kubur bagi org pulau pinang kerana biasa ditanam ditanah kubur.hasil maklumat google barulah tau namanya iaitu jenjuang merah hijau.11 pokok RM20.00 lebih kurang Rm2.00 sepokok.

saya sebenarnya tak tau nak tanam pokok apa.banyak perkara perlu diambil kira.ketahanan pokok dan ruangan yang terhad.sebelum ni saya terfikir nak tanam pokok buluh tapi tak berapa sesuai kerana spacenya kecil sahaja.sepatutnya tak ada longkang di sini tapi terpaksa pasang longkang.saya pernah ceritakan di sini dalam entry sebelum ini.





pokok jenjuang diatur main agak2 jer jarak antara satu sama lain
memang sengaja tanam musim banjir sebab utama sy sedang cuti dan yg keduanya supaya pokok subur mendapat bekalan air mencukupi sebelum ia terpaksa hidup berdikari tanpa tuannya bila musim panas nanti.


dari sudut pandangan depan
kalau diperhatikan gambar di atas memang jelaslah matahari terik mengenai tepat ke rumah saya sementelah pokok di tanah jiran sebelah telah digondolkan.disebabkan pokok jenjuang ni jenis meninggi harap dapatlah sedikit sebanyak menebat kepanasan cahaya matahari.bila dah ada bayang2 pokok ni mungkin saya akan tanam pokok2lain dicelah2nya.tapi belum dipastikan lagi pokok apa.kalau letak lidah jin pun maybe sesuai jugak kot.

pokok jenjuang siap tanam dicelah tanah longkang yang agak terhad

sudut pandang dari depan.

antara pokok yang dibeli selain jenjuang,,pokok kaktus RM 6.00 dan pokok elimbing buluh saiz kecil Rm4.00 (lupa amik gambar)

satu perkara yang saya baru tahu hasil carian google,pokok jenjuang ni rupanya boleh dibuat teh untuk mengubati buasir.caranya dengan meracik halus,dikeringkan,,bila nak minum rendam dalam air panas.

6 comments:

  1. luasnya tanah..banyak tu boleh ditanam...

    ReplyDelete
  2. nampak luas nadia sebabnya rumah kami rapat kebelakang..kalau bahagian belakang luas bolehlah taham pokok banyak sikit..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tanah ni susah pokok nak hidup kak,,keras semacam..kalau dalam pasu boleh la

      Delete
  4. salam...boleh diselang seli dgn lidah jin tu...bagi variety color..ok jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya fikir pun macam tu jugak @na..pokok lidah jin tahan lasak sikit..

      Delete