Sunday 20 July 2014

Menikmati kurma cara Rasulullah





Cara Rasulullah saw makan kurma

Tercatat dalam beberapa hadis mengenai bagaimana Rasulullah mengambil kurma:

1 . Mencampur dengan keju, dalam HR . Abu Dawud no.3837 dan Ibnu Majah no.3343
Imam ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa Zubdah ( keju ) dapat berfungsi melembutkan najis, melemaskan saraf dan pembengkakan hempedu dan kerongkong. Jika disapu pada gusi bayi akan mempercepatkan pertumbuhan gigi.

2. Mencampur dengan timun , HR. Muslim no.2043 , HR. Bukhari no.5440 .
Rasa panas yang ada pada kurma dapat mengimbangi rasa sejuk pada timun, kerana timun sukar untuk dicernakan, sejuk dan kadang kala berbahaya. Sungguh ia suatu pelajaran yang agung dari Rasul kita.

3. Memakan kurma dengan tembikai , HR. Abu Dawud no. 3836 .
Menganjurkan berbuka puasa dengan kurma basah ( ruthab ), jika tidak ada dengan kurma kering, kalau tidak ada dengan meminum air seteguk demi seteguk . HR Abu Dawud no.2356 .

Hadis ini mengandungi hikmah agung dari sudut kesihatan, yang diperlukan oleh orang yang berpuasa adalah zat gula yang mudah diserap oleh darah, perut dan usus. Zat gula ( glukosa dan fruktosa ) memerlukan masa 5-10 minit untuk diserap dalam usus manusia ketika dalam keadaan kosong. Sehingga waktu tersebut dapat digunakan sementara untuk mengerjakan solat maghrib.

2 comments:

  1. Salam Cucubulat,

    Bagus perkongsiaan ini! Boleh cuba makan kurma dengan timun pulak.

    ReplyDelete
  2. wslm ummu..
    mkn timun nampak simple kan.
    sy ada jugak jumpa resepi kurma mrk buang biji kemudian taruk keju dalamnya salut tepung goreng mcm goreng cempedak tu..nti nak cuba la..

    ReplyDelete