Saturday 6 September 2014

Pokok manjakani tumbuh balik

Assalamualaikum wbt..

saya pernah ceritakan sebelum ini tentang pokok manjakani saya di sini.dari benih yang  sebesar jari kelingking yang gugur saya semai semula akhirnya tumbuh 2 pokok.satu saya kekalkan di tempat asal saya tanam manakala yang ke-2 saya alihkan ke bahagian  belakang dapur rumah saya.

pokok manjakani menjalar ke kanan



 perhatikan gambar pertama,,nampaknya pokok manjakani tidak mahu menjalar ke kiri,,sebaliknya memilih untuk ke kanan.sama jugak dengan pokok telang asyik bergumpal ke kiri sahaja.Tak tahan dengan pancaran mentari yang terik.
lihatlah pokok jenjuang merah saya bantut tak tinggi2.kesian!


buah manjakani berlubang dimakan oleh serangga yang tidak dapat dikenal pasti





kalau dulu tak sempat buahnya membesar seperti gambar di atas terus dikerjakan lembu.kali ini agak bernasib baik.buah pun lebih banyak dan lebih gemuk/besar.


yang ni pokok ke-2 yang saya alihkan ke bahagian belakang.kelihatan daunnya subur sedikit,,,saiz buahnya besar tapi tidak selebat pokok satu lagi.

close up buah manjakani


buah yang bakal membesar
Saya betul2 tak sangka yang ianya akan tumbuh balik.ingatkan dah pupus,,bayangkanlah dari oktober 2013 sy semai,,then mei 2014 baru saya perasan ia tumbuh balik.berbulan2 jugak tu!.




36 comments:

  1. assalam kak... manjakani tanam dr biji benih ke... nak beli benih boleh x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm pn,,sy pun tidak pasti yg ia benar2 pokok manjakani atau tidak,

      Delete
    2. Ni pokok buah puteri..bukan pokok manjakani

      Delete
  2. Tumbuhan pun pandai mencari tempat yang lebih selesa ya. Syukur alhamdulillah pokoknya nampak semakin merimbun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah,,kalau lah depa boleh bercakap dh bising dah,,huhu
      al-hamdulillah pokoknya leh survive jugak..

      Delete
  3. Rasanya buah pokok ni serupa dengan manjakani sebab itu dia dipanggil dengan nama demikian kut ya..Sedangkan manjakani yang kita buat ubat tu terbentuk oleh dari gigitan serengga di batang pokok yang tertentu. Dari tindak balas hormone terbentuklah ketumbuhan manjakani di batang pokok itu. Anak serengga tersebut hidup dan makan dalam buah tersebut. Bila besar diaorang buat lubang kat buah tersebut untuk terbang keluar. Cuba lihat kat buah manjakani yang kita beli kat kedai, mesti ada lubang kecil terdapat di buah tersebut. begitulah kejadiannya...hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis mala atas info,,sy amik benih ni dr baby sitter katanya buah manjakani,,dia selalu letak dalam nasi time nasi nak sering..berkhasiat untuk prmp katanya.haha..tp bodynya slim wp tua dah.
      tak pa lah dah tanam,,teruskan aje lah,,mungkin suatu hari akan tau idnya nanti.

      Delete
  4. Suburnya pokok tu, syukurlah tumbuh kembali :)

    ReplyDelete
  5. Pokoknya seakan-akan pokok putarwali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali sy mendengar pokok putarwali,,dh google betul nak lebih kurang sama

      Delete
  6. nampak mcm pokok sireh pun ada...baru tahu pokok manjakani ni jenis menjalar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ana,,sebiji bentuk mcm daun sireh,,cuma daun sireh strukturnya tebal dan keras sikit.

      Delete
  7. ya betoi kata ana , sama macam pokok sireh, hehe lembu suka makan pokok herba patutlah lah sihat dan kuat binantang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,,tu lah sebabnya daging lembu pun banyak khasiatnya yer untuk manusia yer..

      Delete
  8. Salam Cucubulat,

    Pertama kali Mak Aji tengok buah manjakani kat pokok! Rupa2nya pokok ni jenis pemalu ya, suka dok kat belakang rumah, he he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe,,malu2 kucing mak aji..ada yg kata bukan manjakani entah lah tanam je lah.biasa2 yg bentuk daun mcm tu banyak khasiat.

      Delete
  9. Replies
    1. saya pun skrg br kenal mila..,,tp ada yg kata bukan manjakani

      Delete
  10. Sebenarnya namanya air potato, buahnya boleh dimasak. Ubinya ada pada dahan, dan ada ubi didalam tanah, ada yang cakap ubi yang dalam tanah lebih sedap. Sebab itu pokok tu tak mati. Biasanya ubi yang dalam tanah lebih besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih sri atas pencerahan ini,,semakin terungkai dh misteri pokok ala2 manjakani ni..rupanya spesis ubi,,ada rezeki boleh lah gali tengok..

      Delete
  11. erm, rasanya buah manjakani itu terhasil dari pokok mempening (balak), lithocarpus sp. .erm tapi xberapa nak tahu sangatlah, sbb just dgr camtu je...

    ReplyDelete
  12. Ini pokok air potato (Dioscorea bulbifera). Sejenis pokok herba. Buahnya tu bukan buah manjakani . .. manjakani terhasil dpd pokok mempening . .

    ReplyDelete
  13. Ini pokok air potato (Dioscorea bulbifera). Sejenis pokok herba. Buahnya tu bukan buah manjakani . .. manjakani terhasil dpd pokok mempening . .

    ReplyDelete
  14. Tp khasiatnye mcm mana ye..blh guna atau tidak..sbb tgk cm sama dgn manjakani..saya pun ada tanam yg jenis cmni..kenalan yg bg..manjakani katanya..saya rebus dn minum airnya..mmg nk idup ambik masa lama..saya semai dr thn 2014..br awal 2015 nmpk pucuk dn skrg dh berbuah..

    ReplyDelete
  15. Saya beli bijinya yang segar. Org tu cakap nak tunggu hidup makan masa 2 atau 3 bulan baru bercambah

    ReplyDelete
  16. Kat mane ye nak dapat benih manjakani?

    ReplyDelete
  17. Kat mane ye nak dapat benih manjakani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubi yg di dlm gmbr itu dipggil air potato bkn manjakani. sya ade menjual air potato.jika berminat anda bole contact saya melalui emel aldurnst@gmail.com tq...

      Delete
  18. agak2 berapa harga sebiji air potato?

    ReplyDelete
  19. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Mempening

    https://en.wikipedia.org/wiki/Dioscorea_bulbifera

    Kat links tu ada penjelasan mengenai manjakani dan buah yang disangka manjakani tu. Saya pun ada tanam, orang bagi, katanya manjakani. Tapi bila dah tau bukan manjakani pun saya tetap biarkan pokok tu, sambil cari kot la ada khasiat dan kegunaannya. Kalau bukan untuk saya pun mungkin untuk orang lain..

    ReplyDelete
  20. Saya ada, kak ipar bgi, dia duk amalkan, katanya manjakani.

    ReplyDelete
  21. Itu pokok rumput la. Kat semak2 banyak tu. Sejenis sirih2an. Klw menurut saya manjakani tu mngkin pohonnya keras.

    ReplyDelete
  22. maaf sy rasa ni bukan manjakani ni buah air potato..boleh try google..

    ReplyDelete
  23. Saya pun ada juga tanam saya semai dari buah manjakani yg ori tetiba jadi pokok camni lah juga😅😅

    ReplyDelete