Wednesday 16 October 2013

Hasil kebun dapur

Balik kampung macam biasa lah jenguk2 kebun adalah aktiviti yg menjadi keutamaan.masuk je laman rumah mata melilau rindu pokok2 yg ditinggal lama.ada yg boleh dituai kita tuai lah.ini sebahagian dari hasil tuaian saya .
ulam salom, satu lagi tak pasti namanya apa.suami sy suka tapi saya so so jah sebab macam rasa berlendir sikit.kalau salom memang saya suka lah.saya ada tanam pegaga tapi kurang menjadi.

Yang ni pulak bukan sebarang telur dadar tau,,telur dadar yang penuh dengan khasiat.telur itik yg jiran kasi saya goreng dadar bersama hirisan daun ulam raja.pokok ulam raja memang cepat membiak tapi saya kurang suka buat ulam kerana baunya dan tekstur daunnya agak sedikit keras.so pilihannya adalah buat kerabu.cuma yg ni try2 masuk dalam telur dadar tak sangka rasanya not bad jugak..sesapa belum cuba boleh lah masak telur dadar dengan ulam raja,,ssedap.! dah 2x buat dengan telur itik dan telur ayam,,kedua2nya ok.

ni pulak air sirap telang..hehe tak menyempat dan tak sabar dalam peti ais pun di snap gambarnya.gambar ni baru masak masih panas2 lagi tunggu sejuk nak masuk ketul ais.lebih kurang 6 kuntum bunga  menghasilkan cuma 2 gelas air..ok la tu untuk kami berdua.tunggu telang berbunga banyak2 dulu dan saya kan tanam lebih banyak pokok bunga telang tuk menghasilkan lebih banyak bunga.

bukan saya jer yg excited tapi suami sy lagi teover excited dengan air ni.mana taknya sy baru simpan untuk sejukkan  tak sampai 5 minit tengok2 dia dah keluarkan siap letak ais lagi..hehe memang sedaplah tambah lagi saya masukkan sedikit hirisan daun pudina ketika masih panas2 lagi..bila minum sejuk, nyaman saja tekak.

No comments:

Post a Comment